Sunday, November 27, 2011

Harimau Malaya Belum Cukup Power

HARIMAU MALAYA  belum cukup POWER! Dalam pemerhatian aku, pemain bola yang mewakili negara kita iaitu pasukan bola Harimau Malaya belum mencapai tahap yang memuaskan.. Ini terbukti dari hasil perlawanan pasukan Harimau Malaya menentang Syria dan Bahrian dengan keputusan tewas di tangan Syria 2-0 juga tewas sekali lagi di tangan pasukan Bahrian 3-2.. *cehh, ayat aku.. macam nak buat karangan pulak.. Biasalah kalah menang, semua ni kan adat dalam perlawanan yang penting dah mencuba yang terbaik. Walaupun Malaysia tewas di tangan Syria tanpa menjaringkan sebarang gol finally malaysia dah balas balik time lawan dengan Bahrain even tertewas juga. Okey lah, at least ada gol yang dapat dijaringkan. Pada peminat fanatik pasukan bola Malaysia janganlah terlalu kecewa dengan kekalahan kali ini, kecewaan bukan jalan untuk memperbaiki pasukan bola kita sehingga memaki, menyalahkan ataupun mengutuk pasukan pemain negara kita, seelok-eloknya kita berdoa dan tetap memberi sokongan yang kental lagi kepada mereka! Pada pemain pasukan bola kita pulak, hargailah segala sokongan atau apa-apa sahaja jenis dorongan daripada penyokong korang dengan memberikan dorang kemenangan yang membanggakan dari korang. Tak ada yang mustahil, usaha lebih akan mendapat pulangan yang lebih. Mcam ayat ni jugaklah.
"when you learn more, you'll get more"
 Apa-apa pon SYABAS kepada pasukan HARIMAU MALAYA dan penyokong bola tanah air..! YOU ROCK! 

0 comments:

Post a Comment